Thursday, April 15, 2010

Abah, Semoga cepat sembuh

Setelah beberapa hari tak dengar suara family dikampung, ( bukan kerana lalai atau tak merindui mereka ), tgn aku laju mendail no along..mak yang angkat..arghh dengar saje suara lembut mak, hati terus di usik rindu dan sayu..lembut mak tanya, "nape anak mak dah lama tak telefon? tak sehat ker? dah makan? kerja macam mana? bila nak balik lagi?" bertubi2 soklan menyapa telinga.. YA ALLAH rindu nya aku pada Mak..esak tangis aku sembunyikan..bimbang mak risau..panjang bualan dengan mak..terlepas rindu rase nya..
" atam neh ha, si kakak nak bercakap. mak bagi phone kat dia yer" arghhh, suara si kecil itu mmg tersangat aku rindui..
" Hello Mama" tanpa dapat aku tahan, air mata laju mengalir..itu suara najwa, anak buah kesayangan aku.. lancar sekali mulut comelnye memanggil ku dengan panggilan itu.. " Mama tgh watpe? dah makan? " aju sikecil itu lagi.. sungguh aku biarkan sepi semua soklan itu.." kakak, mama rindu..kakak rindu mama?" soklan berbalas soklan..huhuhuhu..seketika berbicara dengannya hati jadi senang..mendengar soalan demi soalan yang keluar dari mulut kecil itu, hati terus dibuai rindu..
Telephone bertukar kembali.."Atam, abah tak sihat..dah 2 3 ari neh dia asyik pening jer.mak nak bawak pi hospital abah takmau" adu mak...ayat beberapa kerat itu begitu menjerut hatiku..airmata jatuh semakin laju..terbayang kenangan berkampung di hospital temerloh tahun lalu..9 hari abah diwad adalah satu kenangan paling pahit dalam hidup aku..YA ALLAH, kurniakan abah kesihatan tubuh badan..aku tak sanggup lihat dia mengadu sakit. "Mak, esok pujuk abah ke hospital yer..tak pun bawak jer trus..tak payah pujuk2 lagi. atam risau" laju aku memotong cakap mak.."baiklah..esok papehal mak bgtau" Alhamdulillah..lega mendengar janji mak..

ALaHai SuSaHnYe Nak TiDo LenA

Entah kenapa sejak dua menjak neh susah nye aku nak tido lena..tido sekejap sure terjage semula..tak pukul 2.30 mesti pukul 3 keatas..aduhai..terpk gak, mungkin ALLAH nak suruh aku bangun bertahajjud padaNya..macam2 yang aku pk..pasal kehidupan aku, mase depan aku, family, si dia tersayang..semua bercampur baur..yang paling aku takutkan, aku sentiasa terpk ini adalah hari terakhir aku di dunia..kekadang smpi takut nak pejam mata..takut bile aku buka mata semula aku menyaksikan jasad aku sedang disemadikan..YA ALLAH adakah ini perasaan hambaMu yang selalu lalai pada tanggung jawab terhadapMu..bimbing lah aku YA ALLAH ke jalan yang kau redhai..kuatkan lah semangat dan imanku..